![]() ![]() ![]() ![]() |
Wahai lelaki~
Wednesday, 18 July 2012 | 3:55 pm | 0 star
Bukan aku memandang rendah..Bukan juga aku memandang hina.. Tetapi.. Wahai lelaki.. Janganlah memikat andai kamu tidak berniat utk menyayanginya.. Janganlah memberi harapan andai terselit perasaan belum sedia utk menjadi imamnya.. Janganlah kamu bercinta dengannya andai kamu sekadar ingin menyimpannya.. Janganlah kamu berkasihan dengannya andai kamu tidak bersedia menjadi suaminya.. Wahai lelaki.. Jangan perdayakan kaum wanita.. Kaum wanita lemah tetapi juga kuat dari segi semangat.. Jangan perlekehkan hatinya kerana air mata.. Kaum wanita menangis melatih kekuatan jiwanya.. Wahai lelaki.. Kamu seorang ketua, imam dan pemimpin.. Kamu seorang yang perlu tegas tetapi lembut utk memimpin.. Kamu kelak utk isteri dan anak-anak sebagai pembimbing.. Wahai lelaki.. Jangan lupa siapa dirimu di sisi Tuhan.. Jangan alpa dgn angan-angan.. Andai kamu tidak bersedia jgn sesekali mulakan.. Andai kamu tidak mampu tlg lepaskan.. p/s: jgn memberi hrpn membuta tulis.. wanita juga punya harga diri. -Syirulhuda- |