|
Allah sayang~
Friday 22 June 2012 | 2:41 pm | 0 star
A: "Kalau dugaan datang bertimpa-timpa tu maknanya Allah sayang.."B: "Tak jgk.. kadang-kadang tu maknanya kita banyak buat dosa.." A: "Kalau macam tu, sakit yang Allah bagi adlh salah satu dugaan buat kita.. dan sakit adalah kaffarah dosa klau kita tak merungut atau mengeluh kan.. kaffarah dosa agar azab kat akhirat nnti berkurang ats dosa-dosa yg kita dah buat kat dunia ni.. jadi maknanya, Allah sayang jgk kan.." B: "......." Betul kan.. bukan nak sedapkan hati sendiri.. tapi ada seorang kawan pesan, sentiasa bersangka baik pada Allah.. Allah sayangkan hamba-hambaNYA lebih dari seorang ibu kasihkan anaknya dan itu adalah benar. Allah cuma mintak kita sembah DIA, sanjung DIA, puja DIA. Tapi kita manusia memang degil, tak sempurna dan masih nak buat dosa.. Bila kita sedar, kita nak insaf, ujian dan dugaan dtg bertimpa-timpa. Masa tu lah Allah nak uji.. kuat atau tidak diri kita.. sungguh atau tidak kita nak berubah.. mengeluh atau bersyukur kita krn Allah nak kaffarahkan dosa-dosa kita.. Kadang-kadang kita tak sedar,kita mengeluh bersungguh-sungguh.. "Aduh sakitnya... kenapalah aku sakit.." "Hisy asik sakit tak habis-habis.. Bila nak sihat ni??" Itu mengeluh namanya.. Bila kita tersedar, cakaplah "Astaghfirullah".. Smoga Allah ampunkan kita kerana dlm tak sdr, kita mengeluh.. Sekarang mungkin tgh dlm proses mengharungi dugaan.. Jadi, semoga Allah ampunkan Syirul sbb tak sdr slalu mengeluh kesah... Astaghfirullah.. -Syirulhuda- |