![]() ![]() ![]() ![]() |
Wahai Wanita~
Friday, 7 September 2012 | 5:08 pm | 0 star
Tiada hiasan secantiknya..
Tidak pula mendabik dada..
kerna..
Wahai wanita..
Kau diibaratkan sebagai hiasan dunia..
Hiasan yang indah..
Namun yang indah itu wanita solehah..
Dan maruahmu perlu dijaga..
Wahai wanita..
Tidak perlu mendabik dada..
Berbangga kerana mampu menundukkan mereka..
Indahmu hanya untuk yang sah..
Yang halal dinamakan suami tercinta..
Wahai wanita..
Kehormatanmu sangat tinggi darjatnya..
Harga dirimu adalah kristal yang susah dijumpa..
Mahkotamu adalah satu mutiara..
Kerna itulah kamu sangat berharga..
Wahai wanita..
Bukan aku mengecilkanmu..
Bukan juga aku menghinamu..
Kerna aku salah satu darimu..
Dan aku hanya mengingatkan diriku..
Agar tidak melampaui batasan sebagai hiasan..
Agar tidak terlupa kamu itu milik Tuhan..
Kerna yang indah mesti ditutup dan dijaga..
Yang cantik mesti dilindung dengan tegasnya..
Andai hatimu disentuh, jangan biar ia terleka..
Kerna itu mungkin racun bagi maruahmu yang tiada tandingnya..
-Syirulhuda-
|